Home | Sitemap | Contact Us | Login   
Search:
    » Main » CURRENT PROJECTS » Program Penanaman Bakau Bersama Komuniti 2008

  Program Tanam Bakau bersama Komuniti 20-21 Disember 2008
Sukarelawan Bersama SHB Kuala Gula menanam 5000 anak benih bakau dengan sokongan CIMB Community Link

 

Sebanyak 5000 anak benih bakau telah di tanam oleh komuniti dari sekitar Kg Kuala Gula dan Kg Kuala Kurau pada 21 Disember 2008 di Teluk Rubiah Kuala Gula. Acara ini merupakan sebahagian daripada aktiviti program komuniti yang telah bermula sejak tahun 2006.

Sahabat Hutan Bakau (SHB) Kuala Gula adalah kumpulan komuniti yang mengambil initiatif untuk bersama NGO dan kerajaan memulihara semula hutan bakau Kuala Gula. Bagi program kali ini GEC dan SHB Kuala Gula telah menerima bantuan kewangan daripada program CIMB Community Link dan mendapat sokongan yang amat baik daripada agensi kerajaan dan badan-badan berkepentingan di Kuala Gula.

Seramai 250 sukarelawan telah bersama-sama turun untuk menanam dan sebagai tanda terima kasih pihak CIMB telah menyumbang baucer RM 20 akaun ECOSave kepada setiap sukarelawan. TAHNIAH!

Jabatan-jabatan kerajaan yang telah menghantar sukarelawan termasuk;

Pejabat Tanah dan Daerah Krian

Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Jabatan PERHILITAN Negeri Perak

Jabatan Perikanan Negeri Perak

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Pejabat Kesihatan Kuala Kurau

Penghulu Mukim Kuala Kurau

Eng Thye Plantation

Chersonese Oil Mill

Sekolah Menengah Telui Kanan, Kedah

 

 

 

 

 

 

 

 

 
   

 

 

 

 



 Print Friendly